TOK Kenali, Tok Kelaba dan Tok Bermin ialah tiga serangkai yang bersahabat dan seperguruan. Mereka adalah tiga gandingan nama ulama yang sering diperkatakan oleh masyarakat dalam lingkungan jalur mulai Kemboja, Bangkok, Patani, Semenanjung hinggalah di Sumatera pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Ada faktor-faktor tertentu kenapa masyarakat selalu memuji mereka.Faktor yang pertama ialah ketiga-tiganya mempunyai banyak ilmu yang pada zamannya memang pada kedudukan yang paling atas. Tentang Tok Kenali, orang sering mengisahkan tentang ‘karamah’ beliau. Sebenarnya jika hal itu diceritakan tak kurang juga kedua-dua sahabat beliau iaitu Tok Kelaba dan Tok Bermin.Artikel Ulama Nusantara yang diperkenalkan dalam ruangan Agama Utusan Malaysia sudah berjumlah 97 judul termasuk artikel...
Thursday, September 22, 2011
Datuk Haji Ahmad Ulama Brunei Darussalam
SETELAH genap 100 ulama diperkenalkan dalam ruangan Agama Utusan Malaysia, ulama yang ke-101 ditampilkan dalam artikel ini. Beliau berasal dari Banjarmasin, Indonesia tetapi menjalankan aktivitinya di Brunei Darussalam. Sangat sedikit penyelidikan yang dapat saya lakukan di Brunei, namun dalam dua kali saya mengikuti seminar sebagai pembentang kertas kerja iaitu pada 20-23 November 1995 dan 20-23 Ogos 2001, saya berhasil mengumpulkan riwayat beberapa orang ulama Brunei.Kebanyakan riwayat adalah hasil wawancara bersama beberapa orang. Secara langsung saya juga berkesempatan pergi ke tempat-tempat yang bersejarah dan tidak dapat diketepikan melalui kajian beberapa buah buku yang diterbitkan di Brunei Darussalam. Kepada semua pihak di Brunei Darussalam yang telah menyumbang bahan-bahan...
Muhammad Jabir As-Sambasi Khatib Sidana Kerajaan Sambas
DALAM kerajaan Melayu yang sedemikian banyak di dunia Melayu, hanya di kerajaan Sambas di Kalimantan petugas-petugas penting kerajaan yang menangani Islam digelar ‘Maharaja Imam’, ‘Imam Maharaja’, ‘Imam’, ‘Khatib Sidana’ dan ‘Khatib’. Di antara istilah-istilah itu ada yang telah wujud sejak tahun 1186 H/1772 M.Jawatan Maharaja Imam Sambas berakhir pada tahun 1976 iaitu setelah wafat Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Ulama ini adalah anak saudara ulama yang diriwayatkan dalam artikel ini.Diriwayatkan Imam Kerajaan Sambas yang pertama bernama Haji Mushthafa Nuruddin yang dilantik oleh Sultan Muhammad Ali Shafiyuddin (Pertama) pada tahun 1186 H/1772 M. Kira-kira 100 tahun kemudian, tepatnya pada 1289 H/1872 M barulah istilah ‘Maharaja Imam’ digunakan.Maharaja Imam Kerajaan...
Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas
INDAH nian, sekiranya kira merenung dan menghayati liku-liku sejarah keperibadian ulama. Yang lalu belum tamat, disambung pula dengan ulama Sambas, Kalimantan, Indonesia dalam artikel ini. Pada 1963, ketika saya mengembara di Jawa, saya membeli buku berjudul, Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan Mengapa Kaum Selain Mereka Maju yang diterjemah oleh K. H. Munawar Chalil daripada karya Amir Syakib Arsalan. Sejak itu nama Syeikh Muhammad Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas mulai terpahat pada ingatan saya.Betapa tidak, kerana buku itu disusun adalah sebagai jawapan daripada pertanyaan ulama Sambas itu yang ditujukan kepada gurunya Saiyid Rasyid Ridha. Judul asli dalam bahasa Arab Limaza Taakhkharal Muslimun, wa limaza Taqaddama Ghairuhum? Tiga tahun kemudian, tepatnya pada 1966, di Kepulauan...
Pehin Datu Imam Haji Mokti imam terkenal Brunei
GAJAH mati meninggalkan gading, manusia bijak mati mengukir nama dalam suratan sejarah. Sejuta murid yang tidak dapat meneruskan perjuangan seorang guru adalah kurang bermanfaat. Cukup seorang murid, sekiranya ilmu dapat disebarkan dan sambung bersambung daripadanya kepada generasi berikutnya.Dalam sejarah ramai ulama yang dapat memenuhi kategori dalam kalimat selayang pandang di atas, termasuk Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdul Lathif, ulama Banjar di Brunei Darussalam yang telah diperkenalkan dalam halaman agama Utusan Malaysia Isnin lalu.Pada terbitan hari ini diperkenalkan pula murid beliau, anak jati Brunei, yang nama lengkapnya Pehin Datu Imam Haji Mokti bin Nasar. Beliau dilahirkan di Kampung Burung Pingai Ayer pada tahun 1281 H/1864 M. Wafat tahun 1365 H/1946 M. Memperhatikan...
Tok Syeikh Duyung syeikhul ulama Terengganu
PADA tarikh 13 Februari 2006 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu telah berlangsung Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawuf Nusantara. Majlis itu dihadiri 1,500 orang. Pada keesokan harinya di dewan yang sama berlangsung pula Peringatan 101 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani yang diberi judul ‘Ulama Bermesra Sultan dan Rakyat (Syeikh Ahmad Al-Fathani dan Sultan Zainal Abidin III)’.Peringatan ini adalah atas kerjasama pihak KUSZA dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (PENGKAJI). Saya telah diberi kesempatan memberi ceramah di beberapa tempat di Terengganu yang diatur oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Saya dan PENGKAJI terhutang budi atas kerjasama pihak KUSZA dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Kami mengucapkan...
Syeikh Muhammad Salleh putera penerus warisan Tok Kenali
SATU ucapan yang berupa wasiat ibu saya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, untuk saya: “Setelah kamu merantau di bahagian Barat Indonesia, mestilah terima ilmu daripada berbagai-bagai orang, sesudah itu tutuplah di Kota Bharu, Kelantan. Di sana cari keturunan Tok Wan Ali Kutan, Tok Kenali dan Nik Mahmud. Tok Wan Ali Kutan adalah ayah saudara ayahku. Tok Kenali dan Nik Mahmud adalah murid ayahku. Keturunan mereka ada yang menjadi ulama, ada yang kaya dan menjadi pembesar. Hendaklah ingat yang golongan ulama mudah kamu gauli tetapi orang kaya dan pembesar sukar kamu dekati kecuali setelah kamu banyak pengalaman. Adab bergaul dengan ulama adalah berbeza dengan adab bergaul dengan orang kaya dan pembesar.”Pada tahun 1970, saya sampai ke Kota Bharu. Tanpa disedari wang...
Tuan guru Abdul Hamid Besut anak murid Tuan Bendang Daya
TIDAK sedikit ulama silam dunia Melayu telah melahirkan tokoh yang menjadi ulama ataupun menjadi pemuka masyarakat hingga mencapai kedudukan pimpinan tertinggi pemerintahan negara. Seperti yang telah diriwayatkan dalam penulisan-penulisan saya yang lalu, sangat ramai pimpinan pemerintahan berketurunan ulama di Indonesia, Malaysia, bahkan juga termasuk di Thailand.Sebagai contoh Dr. M. Hatta ialah cucu ulama Thariqat Naqsyabandiyah di Minangkabau. Beliau ialah pejuang kemerdekaan Indonesia dan menjadi wakil Presiden Indonesia yang pertama. Abdur Rahman Wahid yang merupakan anak dan cucu ulama pernah menjadi Presiden Indonesia.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, anak dan cucu ulama, adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang. Dua orang Menteri Besar Terengganu yang terakhir, iaitu Datuk...
Syeikh Abdul Wahhab Siantan mufti dan guru kerajaan Riau-Lingga
APABILA kita menoleh kebelakang dalam membicarakan ulama-ulama abad ke-18, kebanyakannya berdasarkan tarikh kelahiran ataupun hasil penulisan beberapa orang ulama dunia Melayu yang hidup pada zaman yang sama. Antara yang dapat dikesan tarikh lahir dan wafat ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, lahir pada 15 Safar 1122 H/9 Mac 1710 M, wafat 6 Syawal 1227 H/13 Oktober 1812 M.Ini bererti ulama yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan tersebut lebih muda sekitar setahun lebih sedikit jika dibandingkan dengan Syeikh Haji Abdul Wahhab Siantan yang lahir pada tahun 1120 H/1708 M.Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Ibnu Syeikh Abdul Mu’thi Ibnu Syeikh Muhammad Shalih, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dan Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Maduri dapat dihubungkan dengan...
Haji Wan Muhammad Al-Kalantani Mufti Kelantan yang ke-IV
SUKAR juga untuk memastikan siapakah ulama yang bernama Muhammad bin Abdus Shamad Kelantan sama ada seorang atau pun dalam masa yang sama terdapat dua orang.Diriwayatkan bahawa yang seorang dikatakan lahir di Kota Bharu, Kelantan, pada malam Jumaat, 5 Rejab 1287 H/1 Oktober 1870 M. Yang seorang lagi sekurang-kurangnya terdapat tiga buah salinan risalah. Di antaranya ialah salinan Risalah Thariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah Syeikh Ahmad Khathib Sambas dan Thariqat Syathariyah.Pada akhir salinan beliau menulis, “Tammat al-kalam bil khair atas tangan faqir al-haqir Muhammad bin Abdus Shamad Kelantan, Kampung Laut di dalam Biladillah al-Haram, Hijrah an-Nabiyi sanah 1294 H.” Sekiranya yang dimaksudkan adalah orang yang sama, maka jelas penyalinan yang dilakukan adalah sewaktu beliau berusia...